Blogger Widgets

December 10, 2014

Frnds



     
Assalamualaikum :)

     Cerita pasal lepasan SPM ni kadang best kadang tak, entah perasaan ni macam macam dirasakan. happy ? tak jugak. Sedih? tak jugak. happy nya sebab dah tak payah nak bangun pukul 5.30 pagi, dah tak payah duduk dekat perhimpunan yang menyakitkan hati but kadang tu seronok sebab macam macam kejutan, happy sebab dah boleh bangga dah besar konon nya. sedihnyaa sebab dah tak boleh raikan hari guru sama sama cikgu semua, tak boleh salam salam hari raya, tak boleh dengar ceramah motivasi dan sebagainya. sedihnya lagi bila dah kena pisah dengan classmates semua, dah tk duduk satu kelas, sembang, main, buat lawak dan sebagainya, dah tak boleh stayback aktv. kokurikulum dah. nak happy kalau 1001 satu kenangan tu pergi berlalu macam angin? tak! memang tak happy laa sebab dah tak boleh nak raikan birthday sama sama, study group yang tak berapa nak group sama sama. life lepas spm ni act. lebih menyakitkan bila duduk rumah jadi penganggur yang terkenal malah terhebat. kawan kawan ada yang dah kerja, ada yang vacation bagai semua. kita ni? duduk, langut macam biasa pikir apa yang boleh dibuat. everyday! rindu kawan kawan sekolah, rindu nak melwak nak makan makanan kantin yang errrgh sedap dia tak sedap dia tapi tiap hari balun sama kenyang. rindu nak sembang prblm dengan cikgu cikgu semua selfie dengan setiap festival atau event yang dibuat. sekarang i can feel what people feel. lepasan spm ni is not easy. easy dekat tayah iron baju, buat homework, kemas buku dan sebagainya. yang lain tak pernah senang. bila dah habis sekolah ni, rasa hidup dah kena berdikari rasa diri dah tak boleh manja dengan ibu ayah dalam setiap perkara. konon nya la. dah besar hidup kat universiti dan sebagainya lagi mencabar. Allahu, macam tak sanggup. kalau jauh jauh homesick tiap hari mati :'/

     Lepas ni semua dah ikut haluan masing masing, nak jumpa setakat alaa jumpa lepak depan rumah gether gether tapi tak cukup bestfrnfd. like that laa, rumah dekat ka apa dekat ka masing masing dah busy. dah susah nak jumpa. baru habis sekolah, kalau pergi belajar nanti macam mana? em. kadang tu over jugak laa sikit sikit. Hihi. but benda ni memang meragut seksa rindu nywa dekat kawan kawan. nanti ada kawan macam derang? ada sahabat susah senang? belum tentu. pernah kan rasa? pernah rasa bila hidup sunyi, hati sunyi nak kawan nak gelak nak gether nak gaduh nak cakap deep deep bagi semua sentap. pernah rasa tak? rindu nak gaduh serious serious masa tak matang dulu? pernah rasa tak apa aku rasa sekarang? memang tak la. jiwa kita tak sama. Hihi. tapi aku percaya kebanyakkan lalui benda yang sama. hm. masing masing dah matang. jaga diri dah boleh dah. ada kesayangan jaga kan. nasi minyak jangan lupa panggil, tak jadi pengapit jadi bridemaids pe benda tu pun dah kira waaaaaaah terharu leleh air mata ni. Hihi. masing masing cari life untuk future. dengan impian dan tujuan nak banggakan mak ayah, nak bangga diri dengan mengapai cita cita yang gah gah. harapnya rezeki jadi sahabat itu berkekalan sampai syurga Allah. langkah kejayaan itu harap dicapai dengan apa yang diimpikan, rezeki masing masing. harapnya ingatan terhadap kawan kawan susah senang kenangan semua tidak dilupakan. jaga diri semua. jaga mak ayah elok elok xoxo.


tsha.

No comments:

Post a Comment